Friday, 24 May 2013

Pelangi 4

Hidup ini tidak sentiasa cerah. Tika mentari bersinar menerangi alam, gerimis diundang sebagai peneman. Namun, gerimis itu bukanlah duka. Sekadar memberi ketenangan di kala hati dilanda bara. Jelajahilah ketenangan di celahan gerimis yang mendatang kerana ianya hadir untuk menghilangkan kesuraman yang terselindung di sebalik senyuman nan indah di wajah. Mengalirkan walah di hati pergi jauh dan terus menghilang agar ia tidak membebankan fikiran. Dengan itu, dapatlah kembali ceria dengan sepenuh hati tanpa walah hadir di sisi.

Tuesday, 27 November 2012

Pelangi 3

Alhamdulillah..... Allah swt memberi rezeki kepada umatNya dari pelbagai bentuk. Oleh itu, kita sebagai umatNya haruslah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi. Dugaan, cabaran dan rezeki yang kita terima menunjukkan bahawa Allah swt itu sentiasa bersama kita. Bersyukurlah kerana Allah swt ingat pada kita. Amin....

Monday, 26 November 2012

Pelangi 2

Kahwin...bukan satu perkara yang mudah. Ramai yang menganggap ia sesuatu yang mudah. Selalunya pasangan yang berkahwin hanya menganggap, isteri mengahwini suami ataupun suami mengahwini isteri. Tanggungjawab terhadap ahli keluarga yang lain terutama sekali keluarga mertua diabaikan. Jangan lupa, kita berkahwin bukan hanya dengan pasangan kita tapi juga dengan keluarganya. Anggaplah ibu bapanya seperti ibu bapa kita. Kenapa perlu membezakan, keluarga mertua dengan keluarga sendiri bila sudah berkahwin. Kalau tidak kerana adanya ibu dan bapanya mertua, manakan mungkin adanya pasangan kita, dengan izin Allah s.w.t.. Oleh itu, curahlah kasih sayang kepada keluarga mertua sama seperti kasih sayang kepada keluarga sendiri.

Saturday, 24 November 2012

Pelangi 1

Permulaan sebuah kehidupan memerlukan cahaya sebagai penunjuk arah. Kiranya ada kegelapan tika cahaya menyinari, anggaplah ia sebagai cabaran yang hadir untuk untuk menguji.